Thursday

maaf ! hati aku belum berjaya mengawal kamu


aku rasa aku makin jauh terhanyut dengan dunia ini..

makin aku cuba untuk mendekati makin jauh aku rasa..

aku seakan-akan tenggelam dengan semua yang ada sekarang..

dulu, masa aku diuji dengan pelbagai tohmahan dunia sehingga aku takut untuk berdepan dengan realiti aku jatuh tersungkur meratapi semua yang telah terjadi tapi pada saat itu aku rasa DIA ada untuk aku ..

tapi bila DIA kurniakan aku nikmat dan kelebihan serta kebahagiaan pada waktu kini aku seakan-akan hanyut dengan nikmat dunia yang sementara..

baru hari ini aku sedar inilah dugaan paling berat sebenarnya. pangkat , harta , kelebihan semua itu sedang diuji adakah aku mampu bersyukur secara istiqamah ??

.................

aku cuba untuk memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik dan terbaik. aku cuba untuk berdiri dan berlari meninggalkan semua yang dilarang dan ditegah.

namun makin aku berlari makin aku menghampirinya.

amanah , tanggungjawab , itulah ujian yang paling besar bagi aku.

ya ALLAH bantulah aku dalam perjalananku untuk mengenalMU , mencintaMU , mengamalkan suruhan MU.

ya ALLAH selamatkan aku dari fitnah dunia

ya ALLAH ampuni aku..aku khilaf

aku tak mampu untuk bertenang kerana aku sedar dosa-dosa aku mengejar aku..

aku tak mampu lari lagi jauh

aku cuma mampu berdepan dengan apa yang aku mulakan walaupun aku tak tahu apa pengakhirannya.

bersyukurlah apabila diuji dengan keperitan kerana pada waktu kita akan dekat dengan NYA apabila diuji dengan kesenanga mungkin kita alpa untuk bersyukur pada NYA..

kuatkan hatiku ya ALLAH

~rintihan hamba pendosa~

No comments: